Scroll to top

Top



Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Info Majikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah salah sebuah institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.

Sejak tahun 2003, kedua-dua FRIM dan MFRDB telah dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di perbandaran Kepong, kira-kira 16 km barat laut dari Kuala Lumpur. FRIM yang diterajui Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Ketua Pengarah semenjak tahun 2008 telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Disember 2007. FRIM kemudiannya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei 2012.
Bidang Penyelidikan

Logo Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Logo FRIM

Aktiviti-aktiviti penyelidikan FRIM dikendalikan mengikut bahagian yang berikut:

  • Perhutanan dan Alam Sekitar: Membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan memastikan pengurusan secara mampan terhadap sumber-sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli, bandar dan rekreasi.
  • Bioteknologi Perhutanan: Membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi (biodiversiti) hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan bioteknologi.
  • Keluaran Hutan: Memberi tumpuan pada pembangunan penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R,D&C) ke arah peningkatan ketahanan, hayat perkhidmatan dan penggunaan sumber kayu dan bahan-bahan lignoselulosa sedia ada untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dan bernilai tambah tinggi.
  • Biodiversiti Hutan: Menyedia dan membangunkan pengetahuan saintifik penting bagi melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan.
  • Produk Asli: Menyokong agenda bioekonomi negara melalui pemerkasaan industri berasaskan produk semula jadi dengan memastikan keselamatan bekalan bahan mentah bioaktif.
  • Ekonomi dan Analisis Strategik: Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara. Hasil penyelidikan FRIM diterbitkan dalam jurnal-jurnal sains yang disemak/diulas oleh rakan-rakan saintis lain dan juga dikongsi dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam pengawalan dan pengurusan hutan, serta industri perhutanan.

Laman Web Rasmi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) : https://www.frim.gov.my

Senarai Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)