Scroll to top

Top



One Comment

Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah seperti berikut :
1. Pemandu Kenderaan

 

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah

Mengikut sejarah sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Kedah Darul Aman adalah antara yang tertua di Malaysia. Rekod-rekod di dalam surat-surat hakmilik tanah menunjukkan bahawa terdapat hakmilik tanah yang lama sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin iaitu di dalam tahun 1870 an lagi. Ini bermakna bahawa sistem Pentadbiran Tanah Negeri telah pun wujud sebelum kedatangan British.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman Telah ditubuhkan pada tahun 1354 hijrah bersamaan tahun 1936 Masihi. Pada waktu ini ianya dikenali sebagai Pejabat Kepala Pekerjaan Tanah ( Director Of Lands ) Kepala Pekerjaan Tanah yang pertama ialah Tuan Syed Ahmad Al-Jafri dengan L.Forbes sebagai Penasihat Pejabat Tanah ( Land Officer Advisor ).

Pada tahun 1966, nama Pejabat Kepala Pekerjaan Tanah telah ditukar kepada Pejabat Pesuruhjaya Tanah dan Galian dan pada tahun 1973 nama Pesuruhjaya Tanah dan Galian ditukar pula kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian beroperasi di Bangunan Wan Mat Saman hingga tahun 1994 dan kemudian berpindah ke Wisma Negeri. Pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian diketuai oleh Dato’ Pengarah Tanah dan Galian.

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah

Syarat Kelayakan

PT3/ PMR & Lesen memandu

 

Info Gaji

Gaji minimum RM1,218.00 – RM2,939.00

Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah

Iklan Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang yang boleh diperolehi di Seksyen Khidmat Pengurusan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Aras 1, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
05576 WISMA NEGERI, ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(U.P: SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN)

Maklumat lanjut Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah boleh didapati disini.

Tarikh tutup : 31 Januari 2017

Comments

  1. ridzuan baling

    minat dalam jawatan pemandu kenderaan ni..pergi alor star nak ambik borang kt wisma negeri habis.frust nyaa….jika ada lg borang info ya

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: