Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image
Scroll to top

Top

46 Comments

Jawatan Kosong KADA Mei 2017

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi Jawatan Kosong KADA Mei 2017 secara kontrak seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Gaji : RM 1493.00 – RM 5672.00
Kelayakan : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Sijil Tinggi Agama Malaysia / Diploma
Kekosongan : 1

2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Gaji : RM 1549.00 – RM 5684.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat / Kejuruteraan Komputer
Kekosongan : 1

3. Merinyu Taliair Gred J19
Gaji : RM 1377.00 – RM 4052.00
Kelayakan : SPM
Kekosongan : 5

4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Gaji : RM 1352.00 – RM 4003.00
Kelayakan : SPM
Kekosongan : 1

5. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
Gaji : RM 1377.00 – RM 4052.00
Kelayakan : SPM & Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah)
Kekosongan : 1

6. Pembantu Kemahiran Gred H19
Gaji : RM 1377.00 – RM 4052.00
Kelayakan : Sijil Vokasional Malaysia / SPM
Kekosongan : 4

7. Pemandu Kenderaan Gred H11
Gaji : RM 1218.00 – RM 2939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah & Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I
Kekosongan : 4

8. Pembantu Awam Gred H11
Gaji : RM 1218.00 – RM 2939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah
Kekosongan : 20

Jawatan Kosong kada mei 2017

Iklan Jawatan Kosong KADA Mei 2017

 

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Disempurnakan penubuhannya pada 30 Mac 1972 melalui Akta 69, Akta Lembaga Pertanian Kemubu, 1972 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 1973. Setelah KADA diwujudkan, Kerajaan Negeri Kelantan pula menyusuli tindakan dengan meluluskan Enakmen Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 (Enakmen no.2 Tahun 1972 Kelantan) membolehkan Menteri Pertanian dan Perikanan melaksanakan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 mulai 1 Ogos 1972.

Maklumat lanjut Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1 yang boleh dimuat turun disini.

Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan. Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Datuk Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(UP: Pengarah Bahagian Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2017

Comments

  1. mohamad samimi bin zakaria

    assalamualaikum..saya berminat untuk memohon jawatan sebagai pembantu tadbir@pembantu awam,tapi saya tidak tahu macam mana hendak mohon..saya harap tuan/puan dapat bantu saya.(0133235663)

  2. admin

    Waalaikumussalam, tuan boleh muat turun Borang LKPK 1 disini http://kada.gov.my/documents/10124/39f50a3f-de8f-4673-b386-aa0065ab21a7

  3. mohamad samimi bin zakaria

    assalamualaikum..borang saya dah download..jadi dah ade dalam fon saya..sekarang niey borang tu xboleh nk isi dalam fon,kena printer dulu kew di cuber cafe..maaf sekadar bertanya

  4. mohamad samimi bin zakaria

    macam mana tuan/puan

  5. saerah atyqah

    borang yang di download dan di isi kena hantar ke mana?

  6. admin

    Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan. Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-

    Pengurus Besar
    Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
    Peti Surat 127
    Jalan Datuk Lundang
    15710 Kota Bharu, Kelantan
    (UP: Pengarah Bahagian Pengurusan)

  7. mohamad samimi bin zakaria

    ??

  8. Mohammad Shahiran Mat Hussain

    Assalamualaikum..klu sy nk cuba hntr utk lebih dari satu jawatan mcm mna ye admin??

  9. admin

    Permohonan lebih daripada satu jawatan hendaklah dibuat dalam borang yang berasingan bagi tiaptiap
    jawatan. Satu salinan tiap-tiap sijil atau surat lain hendaklah juga disertakan sebagai tanda pemohon mempunyai kelayakan pelajaran atau lain-lain kelayakan yang dikehendaki.

  10. Fikri

    Assalamualaikum…mcm mna isi Borng untuk pemandu kenderaan

  11. izwanshahmie

    salam. mcm mana dgn syarat kelayakan dan kelulusa pula.

  12. Penchari Kerja

    Jom sama sama pakatpakat pakat baca borang dan arahan dengan terperinci. Sian admin nak jelaskan satu persatu.

  13. Muhammad Aiman shahiruddin bin mohd zahari

    Assalamualaikum sy nk memoho jawatan pembantu awam tapi macam mna nk memohon sy xpndai..tlong ajar admin..

  14. Mohd faisal bin aziz

    Askm,mcm mna ye sya nk memohon jawatan pemandu..blh tlg ajar x?dn kalu sya nk mintak dekat pejabat berdekatan blh ke???

  15. admin

    Sila muat turun borang jawatan kosong KADA disini http://kada.gov.my/documents/10124/39f50a3f-de8f-4673-b386-aa0065ab21a7

    Cetak borang tersebuat kemudian isi & hantar ke pejabat KADA. Semua maklumat ada diatas. Sila baca dengan teliti sebelum bertanya.

  16. Ida

    Assalamualaikum.
    Sijil2 tuu perlu disah oleh siapa yeee???

  17. boleh terangkan tak sijil sijil lain tu contohnya ??

  18. admin

    Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ PTJ/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

  19. STPM diletakkan di bawah sekolah atau ipt ?

  20. Wawa razali

    asssalamualikum admin, sy x dapat nak download borang ni. Ada alternatif laen ke nk apply kerja ni

  21. Husna

    Tuan/puan..klu mahu memohon jawatan pemandu kenderaan atau pembantu awam tp sijil PMR ilang cmne yer?layak ke x tuk memohon..sijil spm je ada..tq

  22. Mohd aliff

    Macam mane sy nk isi borang penjaga jentera kada

  23. syazwan

    salam admin saya nak mohon jawatan Penjaga Jentera Elektrik tapi macam mana nak mohon? saya harap pihak tuan\puan dapat bantu saya

  24. admin

    Untuk semua jawatan kosong KADA, sila muat turun borang jawatan kosong KADA disini http://kada.gov.my/documents/10124/39f50a3f-de8f-4673-b386-aa0065ab21a7

    Cetak borang tersebuat kemudian isi & hantar ke pejabat KADA. Semua maklumat ada diatas. Sila baca dengan teliti sebelum bertanya.

  25. Mat

    Dokumen salinan sijil memang wajib kena disahkan ke?

  26. Faiz kamil

    Assalam admin..saya nak tahu no fail jawatan dalam borang permohanan tu mcm ner ye?

  27. azlan

    Assalamualaikum admin..
    Orang berasal luar dari kelantan contoh asal dari kedah,layak untuk mengisi jawatan yang ditawarkan atau tidak?

  28. admin

    Encik azlan, semua layak memohon

  29. Mat z

    ADMIN Kalau nk isi 2 jawatan kne buat 2 copy semua ke sijil2 dan borang LKPK 1?? ke borang LKPK 1 je kne buat 2 copy?xphm…bleh bg penjelasan x admin?

  30. admin

    En. Mat z, sila hubungi pihak KADA ditalian 09-7447088 untuk maklumat lanjut

  31. Wani

    Salam admin , utk nom fail jawatan tuu mcm mne ??

  32. Ahmad zikri b mohamad noor

    Assalamualaikum encik . Sy berminat hendak memohon jawatan tadbir @ pmbantu . Saya harap encik bantu la
    (016-6882970)

  33. admin

    Waalaikumussalam, tiada siapa bolong tolong kecuali diri annda sendiri dengan memuat turun borang, mengisi & hantar kepada KADA.

  34. assalamualaikum. maaf bertanya. adakah resume perlu disertakan ?

  35. Mohd anuar

    Salam admin bakal persara ATM boleh mohon tak?

  36. dzuhil

    Mohon terangkan apa itu nombor fail jawatan dan nombor sijil kerakyatan??

    Kepada yang ingin memohon sila cetak borang permohon untuk diisi dan sertakan salinan-salinan yang diperlukan sebagaimana yang ditanya dalam borang permohonan tersebut. Salinan-salinan sijil hendaklah disahkan oleh ketua kampung, ketua balai atau penggawa berdekatan.

  37. syuhada

    mcm mna nk dowload borang permohonan ni.?

  38. nur_zulaikha_supian

    Mohon terangkan apa itu nombor fail jawatan dan nombor sijil kerakyatan?

  39. Zaidi Fadil

    Assalamualaikum admin, sy nk tanya. Sy dh download borang tu, semua ada 5 muka surat, muka surat yg ke 5 perlu print jugk ke, ada tulis Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan telah diterima

    Mohon perjelaskan, t.kasih

  40. admin

    Waalaikummusalam, ya En. Zaidi semua kena cetak & isi. Surat muka 5 adalah untuk pihak KADA hantar semula kepada pihak tuan apabila borang anda sudah diterima.

  41. Azlinda

    Assalam… admin
    Kena bagi sampul surat lebih dan sediakan setem berapa keping ye untuk dihantar balik kepada pemohon?
    Mohon pencerahan ye admin..
    Terima kasih.

  42. admin

    Wsalam, semasa beli stem sila tanya terus minimum stem yang diperlukan untuk pos surat

  43. nur_zulaikha_supian

    Salam ADMIN.
    Mohon terangkan apa itu nombor fail jawatan dan nombor sijil kerakyatan?
    Tolong terangkan. Ramai yang nak tahu.
    Terima kasih.

  44. Zaidi Fadil

    Assalamualaikum admin, kalau hantar direct ke pejabat KADA dekat dgn jalan datuk lundang bleh ke ??

  45. admin

    Waalaikumussalam, En Zaidi boleh hantar terus ke pejabat KADA di Lundang

Submit a Comment

Leave a Reply