Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image
Scroll to top

Top

No Comments

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) seperti berikut :
1. Jururawat U29
2. Juruteknik Perubatan U19
3. Jurutera J41
4. Juruterapi Pergigian U29
5. Pegawai Farmasi Uf41
6. Pegawai Pergigian Ug41
7. Pegawai Tadbir N41
8. Pemandu Kenderaan H11
9. Pembantu Akauntan W19
10. Pembantu Operasi N11
11. Pembantu Pustakawan S19
12. Pembantu Tadbir (P/o) N19
13. Pengawal Keselamatan Kp11
14. Penolong Pegawai Perubatan U29
15. Penolong Pegawai Perubatan U41
16. Penolong Pegawai Tadbir N29
17. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa29

 

Maklumat Iklan Jawatan Kosong

Nama Majikan : Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Kategori : Kerajaan
Lokasi : Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

 

Mengenai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Sejarah pusat ini bermula apabila Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972. Penubuhannya adalah berdasarkan aspirasi rakyat untuk mewujudkan institusi perubatan kebangsaan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan. Aspirasi pada masa itu adalah untuk mengeluarkan doktor-doktor tempatan, yang dilatih dan berkaliber, untuk mengatasi masalah kekurangan doktor di Malaysia, terutamanya untuk berkhidmat di kawasan-kawasan luar Bandar.

Penubuhan Fakulti Perubatan tiga tahun selepas penubuhan UKM bertujuan untuk melatih dan melahirkan doktor perubatan berkualiti yang boleh berkhidmat di mana sahaja terutama di kawasan luar bandar. Tenaga pengajar ketika itu kebanyakannya terdiri dari tenaga pengajar dari Indonesia yang mengajar di bidang praklinikal iaitu Anatomi, Biokimia dan Fisiologi.

Pada 27 Februari 1975 HBKL telah diisytiharkan sebagai hospital pengajar Fakulti Perubatan UKM oleh Menteri Kesihatan ketiga iaitu YB Tan Sri Lee Siok Yew. Kini Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bersedia sebagai hospital pengajar.

HOSPITAL UKM
Hospital pengajar yang kini dikenali sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mula didirikan di Cheras pada 2 November 1993. Pada 1 Julai 1997, HUKM telah siap dibina dan mula beroperasi dengan mempunyai pelbagai peralatan moden dan terkini dan pada 14 Julai 1998, HUKM telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

PUSAT PERUBATAN UKM
Pada 20hb Februari 2008, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin telah mengemukakan keputusan pihak pengurusan tertinggi UKM untuk menggabungkan Fakulti Perubatan dan Hospital UKM untuk dijadikan penyatuan pusat perubatan akademik yang dinamakan Pusat Perubatan UKM.

Pusat Perubatan UKM, melalui Fakulti Perubatan telah mewujudkan program perubatan prasiswazah. Ia merupakan kurikulum integrasi perubatan selama 5 tahun yang berasaskan pengetahuan bio-perubatan dan kemahiran klinikal, menekankan kepentingan perubatan dan masyarakat dan pembangunan peribadi dan profesional pelajar-pelajar.

Penggabungan ini menyatukan pembelajaran yang hebat dan kemampuan penyelidikan para ahli akademik, dan kemudahan-kemudahan klinikal yang mantap dengan kakitangan-kakitangan hospital. Langkah inovatif ini mengubah institusi ini untuk menjadikannya salah satu pusat perubatan akademik yang terunggul.

 

logo hukm

 

Syarat Kelayakan

Diploma, Ijazah Sarjana Muda

 

jawatan kosong pusat perubatan universiti kebangsaan malaysia.jpg

Iklan Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong PPUKM 2016 hendaklah mengisi borang secara online melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan UKM disini.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar :

Urusetia (Jawatan Pengurusan, Professional dan Pelaksana)
Urusan Pelantikan UKM : Tel : 03-8921 4591 / 3700. Email : ejawatan@ukm.my
Urusan Kenaikan Pangkat UKM : Tel : 03-8921 3534. Email : ejawatan@ukm.my

Urusetia (Jawatan Akademik)
Urusan Pelantikan UKM : Tel : 03-8921 5073. Email : ejawatanakad@ukm.my
Urusan Kenaikan Pangkat UKM : Tel : 03-8921 5324. Email : ejawatanakad@ukm.my

Jabatan Sumber Manusia, Pusat Perubatan :
Urusetia (Unit Pengurusan Perjawatan (UPP)), UKM. Tel : 03-9145 6454 / 6455 / 5160 / 5150 / 5169 / 5153. Email : ejawatan@ppukm.ukm.edu.my

 

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Januari 2017

Submit a Comment