Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Disember 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Januari 2018. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Info Majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami?
Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga September 2016 , KWSP mempunyai seramai 14.72 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 6.83 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 541,503.

Caruman Wajib
Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.Bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka, manakala caruman syer majikan sebanyak 13%. Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000 caruman pekerja kekal 11% manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Logo Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Alokasi Pelaburan
Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Dividen
KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.

Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen Tahunan dikira berdasarkan baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Laman Web Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) : http://www.kwsp.gov.my/
Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) : https://www.facebook.com/KWSP.Official/

Senarai Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)