Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Untuk mendapatkan kemaskini terbaru bagi Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta 2018, sila ke https://www.ejawatan.com.my


Majlis Daerah Kuala Langat

Info Majikan Majlis Daerah Kuala Langat

Majlis Daerah Kuala Langat ditubuhkan pada 1 Januari 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Majlis Daerah Kuala Langat ditubuhkan pada 1 Januari 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ia adalah gabungan 3 Majlis Tempatan iaitu:

  • Majlis Tempatan Sg. Jarom.
  • Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
  • Lembaga Bandaran Kuala Langat.

Daerah Kuala Langat telah terkenal sejak dahulu lagi dengan keindahan pantainya terutamanya pantai Morib yang menjadi kawasan rekreasi utama. Selain itu terdapat juga kawasan bersejarah iaitu peninggalan daripada zaman pemerintahan Sultan Selangor di Bukit Jugra. Terdapat juga kawasan lain yang mempunyai daya tarikan pelancongan yang berasaskan ciri-ciri kebudayaan dan tradisi tempatan seperti perkampungan orang asli dan perkampungan melayu tradisi.

Logo Majlis Daerah Kuala Langat

Asal-usul Nama Kuala Langat

Untuk mengetahui asal-usul Langat secara mudah ia dapat dikaitkan dengan sebatang sungai yang bernama Sungai Langat. Dari segi kedudukan Langat terletak di kuala sungai tersebut. Menurut sumber lisan ada yang mengatakan bahawa Langat itu berasal dari perkataan minangkabau yang membawa maksud ” air hangat”. Menurut sumber ini lagi pada masa dahulu pedagang-pedagang menggunakan Sungai Langat sebagai jalan perdagangan dan mereka mendapati air di bahagian kuala sungai tersebut sentiasa hangat. Lama kelamaan tempat dipersekitarannya disebut Kuala Langat.
.
Satu lagi sumber lisan menyatakan terdapat banyak ikan selangat di dalam sungai tersebut. Masyarakat melayu disekitar sungai itu dahulu terlibat dengan kegiatan menangkap ikan. Ada logiknya nama langat dikaitkan dengan banyaknya ikan selangat yang terdapat di sungai itu.

 

Laman Web Rasmi Majlis Daerah Kuala Langat : http://www.mdkl.gov.my/

Senarai Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat