Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Untuk mendapatkan kemaskini terbaru bagi Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta 2018, sila ke https://www.ejawatan.com.my


No Comments

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kerapa rakyat Negeri Sembilan untuk memohon Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan seperti berikut:
1. Pembantu Kemahiran Gred H19 – 30 Kekosongan
2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 – 17 Kekosongan
3. Pembantu Syariah Gred LS199 – 2 Kekosongan
4. Pembantu Awam Gred H11 – 37 Kekosongan
5. Pembantu Operasi Gred N19 – 32 Kekosongan
6. Pemandu Kenderaan Gred H11 – 33 Kekosongan

 

Info Majikan : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Kategori : Kerajaan
Lokasi : Negeri Sembilan

 

Mengenai Negeri Sembilan

Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan adat perpatihnya. Negeri yang terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan Kuala Lumpur ini terdiri daripada 7 daerah dan 1 daerah kecil iaitu Seremban, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Rembau , Tampin dan daerah kecil Gemas.

Seremban adalah ibu negeri tetapi Seri Menanti yang terletak di daerah Kuala Pilah adalah Bandar Diraja bagi Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan mempunyai suatu sistem yang unik. Ia mempunyai Luak yang diketuai oleh Datuk Undang. Luak-luak ini adalah Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Johol, Luak Jelebu dan Luak Tampin. Luak Tampin tidak diketuai oleh Datuk Undang, sebaliknya ia diketuai oleh Tunku Besar. Sistem Pemerintahan Negeri Sembilan diketuai oleh Yam Tuan Besar. Perlantikan Yam Tuan Besar ini adalah dari persetujuan Datuk Undang dan Tunku Besar yang mempunyai kuasa penuh dalam melantik Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Seorang Menteri Besar dilantik oleh Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan untuk menjadi ketua pentadbiran, dan beliau menjadi salah seorang daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

jata negeri sembilan

Jata Negeri Sembilan

 

Syarat Kelayakan

– SPM/SVM/SKM
– SRP/PMR/PT3

 

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Iklan Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Mohonlah secara online di portal SPA http://www.spa.gov.my

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

iklan spa Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2016

Submit a Comment