Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image
Scroll to top

Top

No Comments

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembila (PKNNS) mempelawa Warganegara Malaysia yang dinamik, kreatif, inovatif dan berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) 2 Kekosongan
2. Pembantu Akauntan
3. Pembantu Operasi

 

jawatan kosong di perbandanan kemajuan negeri negeri sembilan (PKNNS).png
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri sembilan (PKNNS) telah ditubuhkan pada 22 MAC 1969. Dari segi pertubuhan ia adalah satu badan berkanun negeri yang mempunyai kuasa-kuasanya sendiri dan bertanggungjawab kepada badan perundangan negeri. Dari segi institusi pula, ia adalah merupakan satu perusahaan awam yang di letakkan di bawah pengawasan Kementerian Kewangan (dahulu Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi).

Perbadanan ini ditubuhkan bagi menggalakkan pembangunan di Negeri Sembilan. Ia juga merupakan agensi amanah bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutama di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional serta Rangka Rancangan Jangka Panjang 2.

Syarat Kelayakan

PMR/PT3 & SPM

Info Gaji

Gaji minimum RM1,216.00

jawatan kosong perbadanan kemajuan negeri sembilan

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yang mengandungi perkara-perkara berikut :
(i) Latar belakang Pendidikan
(ii) Pengalaman Bekerja
(iii) Kemahiran
(iv) Penglibatan Luar
(v) Rujukan
(vi) Nombor Telefon terkini untuk dihubungi.

Setiap permohonan hendaklah menyertakan salinan fotostat Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil kelayakan akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar. Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada :

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)

Maklumat lanjut jawatan kosong PKNNS 2017 boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 7 Januari 2017

Submit a Comment

Leave a Reply