Scroll to top

Top



Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Info Majikan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Misi MATRADE untuk mempromosikan eksport Malaysia telah membolehkan banyak syarikat tempatan berada dibarisan hadapan di pasaran global. Kini kami terus meletakkan syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi mempunyai taraf antarabangsa, kami membantu menjadikan frasa ‘Made In Malaysia’ sinonim dengan keunggulan, kehandalan dan boleh dipercayai.

Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:

  • Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;
  • Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;
  • Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;
  • Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa
  • Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
  • Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
  • Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
  • Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Objektif-objektif MATRADE adalah:

  • Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
  • Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing;
  • Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan
  • Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.

MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk menemukan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 40 pejabat perdagangan di seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Laman Web Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) : http://www.matrade.gov.my/

Senarai Jawatan Kosong Matrade