Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Disember 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Januari 2018. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Info Majikan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)

Sejarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. PERKESO diamanahkan untuk mentadbir dua skim keselamatan sosial iaiatu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja daripada kejadian luar jangka bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan. Skim Keilatan pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.

Logo Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Logo Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Skim Keselamatan Sosial di negara ini sebenarnya bermula sejak tahun 1958 iaitu sejurus selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menjalankan satu kajian mengenai keselamatan sosial. Pada tahun 1962, sebuah jawatankuasa tertinggi telah dibentuk untuk mengkaji hasil kajian tersebut. Kajian oleh A.N. Ambo melalui ILO telah dijadikan asas bagi merangka rang undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja yang seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan April 1969 dikenali sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Kajian yang dibuat oleh A.N. Ambo telah memberi sumbangan yang besar ke arah menjamin perlindungan keselamatan sosial kepada tenaga kerja yang memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara. A.N. Ambo adalah merupakan seorang pakar sains sosial dari India, yang menjalankan kajian di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) ketika itu.

Visi

Peneraju Keselamatan Sosial yang Dinamik, Unggul dan Cemerlang

Misi
Memberi Perlindungan Keselamatan Sosial Kepada Orang Berinsurans Dan Tanggungan Mereka Menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial Serta Memupuk Kesedaran Keselamatan Dan Kesihatan Demi Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Orang Berinsurans

Objektif
Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

Laman Web Rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) : http://www.perkeso.gov.my/

Senarai Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)