Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image
Scroll to top

Top

No Comments

Jawatan Kosong Pembantu Operasi Kerajaan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan pada 1 April 2011. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berintegriti dan berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut:
1. Pembantu Operasi N11 Tetap
 

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] telah diwartakan pada 3 September 2009 selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.
Mulai bulan Mei 2010, satu pasukan Tim Nukleus telah diwujudkan untuk:-
(a) Menguruskan pewartaan dan tarikh kuat kuasa Akta 700 di bawah seksyen 1(2) Akta 700;
(b) Menguruskan pelantikan Pesuruhjaya di bawah seksyen 5(1) Akta 700; dan
(c) Menguruskan permohonan dan pelantikan pegawai serta kakitangan di bawah seksyen 14 Akta 700 bagi membolehkan Suruhanjaya ini beroperasi sepenuhnya.

Info Gaji

Jadual Gaji (Min-Max) : RM1,216.00 – RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM95.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM300.00

Syarat Kelayakan

(a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

jawatan kosong pembantu operasi kerajaan

Cara Memohon Jawatan Kosong Pembantu Operasi

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan borang permohonan yang boleh dimuat turun disini

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Maklumat lanjut jawatan kosong pembantu operasi Kerajaan boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 November 2016

Submit a Comment