Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Untuk mendapatkan kemaskini terbaru bagi Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta 2018, sila ke https://www.ejawatan.com.my


Yayasan Islam Terengganu (YIT)

Info Majikan Yayasan Islam Terengganu (YIT)

Sejarah Penubuhan Yayasan Islam Terengganu (YIT) bermula daripada resolusi Seminar Alim Ulama Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 3 Ogos 1973. Salah satu rumusan penting yang diputuskan di akhir seminar itu yang berbunyi: “Kerajaan Negeri hendaklah dengan seberapa segera menubuhkan sebuah Yayasan Islam yang akan menjalankan tugas mengenai dakwah, penyelidikan di dalam dan di luar. Yayasan ini hendaklah bekerjasama rapat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

Sementara itu, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan satu undang-undang menjadi “Badan Berkanun” Yayasan Islam Terengganu Enakmen Bilangan 1, Tahun 1974 pada 2 April 1974. Pelancaran rasmi penubuhan Yayasan Islam Terengganu ialah pada 9 Ogos 1976 oleh Almarhum D. Y. M. M. Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin bertempat di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Pada 1 April 1978, Yayasan Islam Terengganu mula mengambil pegawai dan kakitangan di Tingkat 2, Bangunan Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

jawatan kosong yayasan islam terengganu

Pada 2 Oktober 1996, organisasi ini telah berpindah ke Menara Yayasan Islam Terengganu, Tingkat 10 & 11, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu. Manakala perasmian Menara Yayasan Islam Terengganu dilaksanakan oleh Armarhum D.Y.M.M. Tuanku Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada tanggal 27 Februari 1997.

Bangunan baru ini menjadi mercu tanda kegemilangan perkembangan Islam yang dimainkan oleh Yayasan Islam Terengganu. Ia juga menjadi pendorong kepada semua pegawai dan kakitangannya untuk mempertingkatkan lagi usaha dan dedikasi mereka dalam memikul serta melaksanakan tanggungjawab seperti yang termaktub di dalam undang-undang tubuh Yayasan Islam Terengganu.

Laman Web Rasmi Yayasan Islam Terengganu (YIT) http://yit.gov.my/
Facebook Rasmi Yayasan Islam Terengganu (YIT) https://www.facebook.com/Yayasanislamterengganu_official-2013046615587559/