Scroll to top

Top



No Comments

40,000 mohon enam jawatan

SYDNEY: Lebih 40,000 orang dari seluruh dunia layak memohon enam jawatan kosong di seluruh Australia, tugas yang digelar kerja terbaik di dunia.

Berikutan itu, pegawai pelancongan tempatan menghadapi cabaran besar untuk memilih 18 pemohon finalis untuk bertugas selama enam bulan termasuk menjadi pengembara Outback dan Ketua Funster.
Pada awalnya, lebih 330,000 orang daripada hampir 200 negara memohon kerja itu sebelum permohonan ditutup lewat kelmarin.

Pemohon perlu menghantar satu video 30 saat menjelaskan mengapa mereka layak menerima tugas itu yang diberi gaji Aus$100,000 (RM319,691.24).

Antara pemohon yang diterima adalah seorang wanita beraksi berenang dalam satu animasi dan seorang lelaki menggunakan bantal berlawan dengan penduduk New York serta menari dengan hanya berseluar dalam di stesen kereta api bawah tanah.

Selalu sesat membantu saya mengenali diri. Saya dapat pengalaman terbaikk apabila sesat dalam pelbagai perjalanan. Di mana pula saya akan sesat selepas ini, kata seorang wanita yang memohon tugas Jurugambar Gaya Hidup.

Tawaran kerja itu adalah berdasarkan inisiatif 2009 oleh pihak berkuasa Queensland yang mencari seorang penjaga pulau di Great Barrier Reef yang terkenal di dunia. Kempen itu menarik hampir 35,000 permohonan dan dimenangi rakyat Britain, Ben Southall.
Petugas Ketua Funster ada akses VIP menghadiri parti dan festival eksklusif Sydney, sementara Pengembara Outback di Wilayah Utara akan merasai pengalaman kehidupan suasana hutan di Australia.
REUTERS

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: