Scroll to top

Top



No Comments

Azam Kerja tawar peluang

JERTIH – Program Karvinal Pekerjaan 1Malaysia 2012 (Azam kerja) anjuran Pejabat Tenaga Kerja Besut dan Setiu di Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong di sini berjaya menawarkan pelbagai pekerjaan kepada golongan muda.

Penolong Pengarah Kanan pejabat berkenaan, Rosli Omar berkata, karnival tersebut turut memberi peluang kepada 53 peserta e- Kasih yang mendaftar di bawah program Azam Kerja mendapat latihan perniagaan dengan syarikat yang menyertai program.

Menurutnya, peserta dari daerah ini dan Setiu telah memilih menjalani pelbagai latihan perniagaan daripada lima buah syarikat terlibat pada karnival tersebut.

“Syarikat terbabit berasaskan perniagaan makanan dan jahitan yang mendaftar dengan Pejabat Tenaga Kerja,”katanya.

Rosli berkata, peserta yang bersetuju perlu mengikuti kursus selama tiga hingga tujuh hari sebelum layak mendapat keperluan perniagaan yang disediakan syarikat disertainya.

Menurutnya, kerajaan menaja RM4,000 hingga RM5,000 seorang peserta untuk kos menjalani kursus dan mereka akan diberi kelengkapan atau barangan yang dibekalkan syarikat untuk memulakan perniagaan.

“Program ini dapat menambah pendapatan peserta yang tersenarai dalam Program e-Kasih bagi kedua-dua daerah ini,” katanya.

Menurut Rosli, sepanjang karnival sehari berlangsung Isnin lalu beberapa syarikatlain turut mengambil bahagian dengan menawarkan jawatan kosong di syarikat masing-masing.

Dalam pada itu, turut dibuka kaunter pendaftaran pekerjaan secara dalam talian kepada peserta yang majoritinya belia

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: