Scroll to top

Top



No Comments

Graduan pilih kerja

SKUDAI – Masalah pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini berpunca daripada sikap graduan yang gemar memilih pekerjaan tertentu berbanding mengambil peluang memohon jawatan ditawarkan.

Ketua Pengarah Eksekutif Jobstreet.com, Chang Mun Kee berkata, hanya kira-kira 50 peratus daripada 30,000 pekerjaan yang diiklankan di agensi pencarian pekerjaan dalam taliannya diisi oleh graduan pada setiap bulan.

“Setakat ini, kira-kira 10,000 majikan telah pun menggunakan perkhidmatan Jobstreet.com untuk mengiklankan jawatan kosong di syarikat mereka.

“Tetapi hanya sebahagian sahaja daripada 30,000 peluang pekerjaan ditawarkan telah diisi oleh pengguna kerana sikap memilih graduan terhadap jawatan tertentu,” katanya.

Dalam pada itu Mun Kee berkata, antara bidang pekerjaan yang paling mendapat sambutan pada masa ini termasuklah sektor jualan dan pemasaran, teknologi maklumat, perkilangan dan pembinaan.

Katanya, Jobstreet.com merupakan saluran rangkaian pencarian kerja yang mendapat sambutan meluas di negara ini mengatasi saluran media perdana seperti akhbar dan media elektronik.

“Setiap tahun lebih daripada dua juta rakyat di Malaysia telah mendaftar sebagai pengguna Jobstreet.com dan 100,000 daripadanya merupakan daripada golongan graduan lepasan universiti,” katanya pada sidang media bersama Naib Canselor Universiti Teknologi (UTM), Prof Datuk Dr Ir Zaini Ujang selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Starting a Company: Jobstreet Story’, di Dewan Iskandar UTM, di sini, semalam.

Sementara itu, Zaini berkata, UTM mengambil pendekatan untuk melahirkan pelajar yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan berbanding mencari pekerjaan bagi mengelakkan masalah pengangguran graduan.

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: