Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Majikan ingkar laksana skim gaji minimum bakal berdepan tindakan – Ismail

MARAN: Majikan yang masih ingkar untuk melaksanakan Perintah Gaji Minimum walaupun diberi amaran bakal berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib, berkata untuk kesalahan kali pertama, majikan boleh dikenakan denda RM10,000 manakala bagi kesalahan kedua majikan itu akan didenda RM1,000 sehari bagi setiap pekerja sehingga mereka melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan itu.

gaji minimum

“Mereka yang masih berdegil dan sengaja enggan melaksanakan gaji minimum itu setelah berkali-kali diberi amaran dan pernah dikenakan tindakan akan didenda RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kad serba guna kepada lebih 100 pesara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Maran di sini, semalam. Katanya, walaupun sepatutnya perintah itu dilaksanakan pada tahun lalu, namun menyedari masih ramai majikan yang belum bersedia melaksanakannya kerajaan menangguhkan penguatkuasaan peraturan itu sehingga beberapa kali.

Namun, Ismail kesal kerana masih ramai lagi majikan yang memandang mudah tentang soal itu walaupun telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian. Sementara itu, beliau berkata kementeriannya telah menyediakan lebih 14 jenis latihan kemahiran dan kursus kepada ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Perkeso untuk mengikuti pelbagai kursus kemahiran bagi jaminan masa depan golongan itu.

“Sehingga kini lebih 7,000 OKU dan ibu tunggal mendapat pelbagai latihan kemahiran yang disediakan pihak kementerian dan latihan ini juga tidak terhad kepada OKU dan ibu tunggal semata-mata. “Tetapi ia turut terbuka kepada golongan belia kerana kerajaan mahu melahirkan seberapa ramai golongan pekerja terlatih dalam pelbagai bidang bagi mengisi pasaran kerja negara,” katanya. – BERNAMA

Submit a Comment