Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Negeri Johor – 23 September 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pertanian Negeri Johor seperti berikut :
1. Pemandu Kenderaan Gred H11
2. Pembantu Awam Gred H11

 

jawatan kosong jabatan pertanian
Jabatan Pertanian Negeri Johor telah ditubuhkan pada Mei 1921 dengan dikendalikan oleh seorang pegawai British bernama A.E.G Ellis. Sebelum penubuhan jabatan ini, Pertanian diletakkan di Pentadbiran Tanah Johor. Pada tahun 1914, Johor mempunyai seorang Assistant Inspector Of Agriculture yang dipinjamkan daripada Jabatan Pertanian Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, bagi mengatasi masalah serangan serangga yang merosakkan tanaman negeri ini. Manakala khidmat nasihat dan bantuan teknikal diperolehi daripada Botanic Garden Department, Jabatan Pertanian bagi Negeri-Negeri Selat.

Pada tahun 1922 kakitangan Jabatan Pertanian Johor terdiri daripada seorang Inspector, Sub-Inspector dengan dibantu oleh enam orang pelatih daripada Jabatan Pertanian Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada Tahun 1930, Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu membuat penyusunan semula perkhidmatan pertanian negeri masing-masing untuk diselaraskan dengan Jabatan Pertanian Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. Dalam penyusunan semula perkhidmatan ini seorang Agriculture Officer telah ditempatkan di Johor Bahru dan Muar.

Kini Jabatan Pertanian Negeri Johor telah berkembang pesat merancang dan memberi khidmat nasihat bagi membangunkan sektor pertanian negeri Johor. Jabatan Pertanian Negeri Johor diketui oleh Pengarah dan 2 orang Timbalan Pengarah serta 10 orang Pegawai Pertanian Daerah yang mengetuai pentadbiran dan pembangunan pertanian di daerah.

 

Cara Memohon

Permohonan hendaklah menggunakan Borang JPNJ.01 yang boleh dimuat turun dan dicetak daripada Portal Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Johor : http://pertanian.johor.gov.my atau dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat; atau dengan mengirim sampul surat berukuran 10 x 23 sm (4×9 inci) bersetem RM 1.00 dengan beralamat sendiri dengan mencatat “MEMOHON BORANG” di sudut sebelah atas kiri sampul surat. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah DISERTAKAN :
i) Gambar berukuran pasport
ii) Salinan Sijil Beranak
iii) Salinan Kad Pengenalan
iv) Salinan Lesen Memandu (berkaitan jawatan pemandu kenderaan)
v) Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
vi) Salinan Sijil Lain-lain Peperiksaan (jika ada)
vii)Salinan Sijil-sijil Peringkat Sekolah / Kursus (jika ada)

Pengarah,
Jabatan Pertanian Negeri Johor,
Aras 1, Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, Kota Iskandar,
79000 Nusajaya, Johor Darul Ta’zim.

Maklumat lanjut jawatan kosong Jabatan Pertanian Negeri Johor 2015 boleh didapati disini.

 

Tarikh Tutup Permohonan : 23 September 2015

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: