Scroll to top

Top



Jawatan Kosong Majlis Daerah Simpang Renggam – 10 September 2015

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Simpang Renggam
1. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
2. Penolong Pegawai Penilaian W27
3. Pembantu Penguatkuasa N17
4. Pembantu Penilaian W17

 

jawatan kosong majlis daerah simpang renggam
Terdiri daripada Lima (5) buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai Sayong dan Layang-Layang dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik. Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta swasta.

Letusan Karokatua pada tahun 1950 mewujudkan penempatan baru di pendaerahan Kluang Selatan. Sebuah bukit terbelah dua dan menjadi rengang yang masih boleh dilihat sehingga kehari ini. Peristiwa ‘rengang’nya bukit itu menjadi sebutan ramai. ‘Rengang’ menjadi ‘Renggam’ dan itulah kewujudan unik Bandar Renggam.

Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom dimana ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950’an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Padang Golf, lapangan terbang dan bangunan-bangunan lama adalah tinggalan sejarah yang masih kekal sehingga kini.

 

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh
diperolehi di pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam dengan harga RM 1.00/set atau dengan
memuat turun borang di laman web http://www.mdsrenggam.gov.my.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Simpang Renggam,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
(Bahagian Sumber Manusia),
86200 Simpang Renggam,Johor

Maklumat lanjut jawatan kosong Majlis Daerah Simpang Renggam 2015 boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 10 September 2015

%d bloggers like this: