Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak Jun 2017 – Johor

Pemberitahu adalah dipelawa dari Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak Jun 2017. Jawatan Kosong adalah bagi lepasan SPM dengan gaji dari RM1353 – RM6394. Senarai penuh kelayakan & gaji bagi jawatan kosong Kerajaan (Majlis Daerah) adalah seperti berikut:

1. Pembantu Penguatkuasa KP19
Gaji : RM1360.00 – RM4052.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia atau Bekas anggota Polis/Tentera
Bilangan kekosongan : 1

2. Pembantu Tadbir Kewangan W19
Gaji : RM1353.00 – RM4005.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia
Bilangan kekosongan : 1

3. Penolong Pegawai Kesihatan PErsekitaran U32
Gaji : RM2,331.00 – RM6,394.00
Kelayakan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak


 

Majlis Daerah Tangkak

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan Kerajaan di Peringkat Ketiga selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selepas penyusunan semula Penguasa Tempatan dalam tahun 1976, Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.

Luas kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Tangkak ialah 13,566 hektar dengan jumlah penduduknya dianggarkan seramai 70,400 orang dan terdapat 17,600 pegangan hartanah dalam kawasan ini.Selain daripada kawasan-kawasan cawangan Majlis Daerah Tangkak, Kawasan Pentadbiran Majlis juga meliputi kawasan 20 meter ( 40 rantai ) di kiri-kanan jalanraya kawasan Kampung Teratai, Durian Chondong, Kg.Baru Bekoh dan Bukit Asahan.

Maklumat lanjut Majlis Daerah Tangkak boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak Jun 2017

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak yang boleh dimuat turun disini.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63
84907, TANGKAK, JOHOR

Semua permohonan hendaklah disertakan:-
i) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan
ii) Salinan sah Kad Pengenalan
iii) Salinan sah Sijil Lahir
iv) Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan sah Lesen Memandu
v) Gambar warna berukuran pasport
vi) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Jun 2017

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: