Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


One Comment

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat Oktober 2017

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat Oktober 2017. Terdapat 5 jawatan ditawarkan seperti berikut

1. Penolong Jurutera Gred JA29
Gaji : RM1,549 – RM5,701.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang kejuruteraan

2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
Gaji : RM1,549 – RM5,701.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

4. Pembantu Penguatkuasa (Letak Kereta) Gred KP19
Gaji : RM1,360.00 – RM4,052.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia / bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstable atau Prebet

5. Pembantu Awam gred H11
Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kelayakan : Pentafsiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat Oktober 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat Oktober 2017

 

Majlis Perbandaran Batu Pahat

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu ialah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Maklumat lanjut Majlis Perbandaran Batu Pahat boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Batu Pahat Oktober 2017

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun percuma di disini.

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Jalan Pejabat
83000 Batu Pahat

Tarikh Tutup Permohonan : 2 Oktober 2017

Comments

  1. Jawatan Kosong Guru Al-Quran (RM2900) Sambilan / ONLINE ( Seluruh Malaysia, Brunei, Singapore ) – http://www.darrulfurqan.blogspot.com/p/blog-page.html

Submit a Comment