Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Pembantu Pengawas Peperiksaan MARSAH

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisiJawatan Kosong Pembantu Pengawas Peperiksaan MARSAH (Kolej Pengajian Islam Johor). Maklumat lanjut jawatan kosong adalah seperti berikut:

Pembantu Pengawas Peperiksaan

Tempoh Diperlukan : 17 September 2017 – 05 Oktober 2017
Taraf Jawatan : Sambilan
Bayaran elaun : RM 30.00 bagi setiap sesi peperiksaan

Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia
• Beragama Islam
• Umur diantara 18 hingga 35 tahun
• Kelulusan SPM (Minimum dengan Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat yang sama)

Jawatan Kosong Pembantu Pengawas Peperiksaan MARSAH

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Pengawas Peperiksaan MARSAH

 

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Sistem pendidikan Islam di negeri Johor Darul Ta’zim bermula sejak tahun 1923 lagi. Ianya terus berkembang hingga sekarang melalui sekolah agama kerajaan negeri Johor. Kemudian satu sistem pendidikan agama di peringkat rendah yang lebih sistematik telah diperkenalkan melalui penubuhan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).

Seterusnya pendidikan agama di peringkat menengah juga dibangun dan dikembangkan. Boleh dikatakan sistem pendidikan agama di negeri Johor baik di peringkat rendah mahu pun di peringkat menengah telah pun mantap dan berjaya mengeluarkan pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Bagi menampung permintaan pelajar lepasan menengah untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, MARSAH telah ditubuhkan sebagai kesinambungan dan pelengkap kepada sistem pendidikan agama Islam di negeri Johor.

Maklumat lanjut MARSAH boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Pembantu Pengawas Peperiksaan MARSAH

Permohon yang berminat mengisi jawatan kosong MARSAH, boleh membuat permohonan menggunakan Borang Permohonan Jawatan MARSAH yang boleh dimuat turun disini.

BAHAGIAN PENTADBIRAN
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)
JALAN GERTAK MERAH
80000 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA’ZIM

Nota:
• Wanita yang sedang mengandung tidak dibenarkan memohon.
• Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
• Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
• Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 16 September 2017 adalah dianggap tidak berjaya.
• Bayaran elaun adalah sebanyak rm30.00 bagi setiap sesi peperiksaan.

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2017

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: