Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong UTHM Jun 2017 – Universiti Tun Hussein Onn

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi Jawatan Kosong UTHM Jun 2017. Kekosongan jawatan adalah secara TETAP / SEMENTARA / KONTRAK. Terdapat 5 Jawatan yang ditawarkan untuk kali ini dari PT3, SPM, Sijil hinggalah Diploma & Ijazah. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Gaji : RM 2,315.00 – RM 9,618.00
Kelayakan : Ijazah sarjana / sarjana muda dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan
Nota : KEUTAMAAN DIBERI KEPADA CALON YANG MEMPUNYAI KEMAHIRAN JAVA DAN ORACLE.

1. Penolong Jurutera Gred JA29
Gaji : RM 1,549.00 – RM 5,701.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang kejuruteraan

2. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
Gaji : RM 1,493.00 – RM 5,696.00
Kelayakan : STPM / STAM / Diploma / Bekas anggota polis atau tentera

3. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
Gaji : RM 1,352.00 – RM 4,003.0
Kelayakan : SPM Serta SKM
Nota: Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas

4. Pemandu Kenderaan Gred H11
Gaji : RM 1218.00 – RM 2,939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Lesen Memandu

5. Pengawal Keselamatan Gred KP11
Gaji : RM 1,205.00 – RM 2,939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah

Jawatan Kosong UTHM Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong UTHM Jun 2017

Mengenai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Maklumat lanjut UTHM boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong UTHM Jun 2017

Permohonan adalah secara ‘online’ melalui laman web http://e1.uthm.edu.my/pp/perjawatan/

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja Batu Pahat Johor.
Tel : 07-4537486/7490

Tarikh Tutup Permohonan : 21 JUN 2017 (RABU) SEBELUM JAM 3.00 PETANG

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: