Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong Majlis Daerah Baling Julai 2017 Negeri Kedah

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Tinggal Di Negeri Kedah) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Baling Julai 2017. Terdapat 3 jawatan kosong ditawarkan pada iklan jawatan kali ini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir N29 Taraf Jawatan Kontrak/tetap
Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
Kelayakan : STPM / STAM /Diploma

2. Penolong Pegawai Pertanian G29 Taraf Jawatan Kontrak/tetap
Gaji : RM1,494.00 – RM5,674.00
Kelayakan : Sijil / Diploma dalam bidang pertanian

3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 Taraf Jawatan Kontrak/tetap
Gaji : RM1,797.00 – RM5,753.00
Kelayakan : Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran

Jawatan Kosong Majlis Daerah Baling julai 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Baling Julai 2017

 

Majlis Daerah Baling

Baling ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Thailand di sebelah timur laut. Ia mempunyai keluasan sebanyak 1530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi. Dengan keluasan tersebut, Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah selepas daerah Sik. Setakat Februari 2011, jumlah penduduk daerah Baling ialah 159,487 orang. Majlis Daerah Kerajaan Tempatan ditubuhkan pada 01 April 1976 selepas penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan.

Maklumat lanjut Majlis Daerah Baling boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Baling Julai 2017

Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang boleh dimuat turun dibawah:

Borang 1, Borang 2, Borang 3, Borang 4

Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BALING,
09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.

Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang permohonan yang dikemukakan.

Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
i. Gambar berukuran passport
ii. Salinan Sijil Kelahiran
iii. Salinan Kad Pengenalan
iv. Salinan Sijil Peperiksaan
v. Lain-lain Sijil yang berkaitan
(Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kumpulan profesional dan sokongan 1)

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Julai 2017

 

Submit a Comment