Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu – 30 November 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur 18 tahun keatas. Keutamaan diberi kepada anak tempatan Negeri Kedah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di dalam pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu :
1. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Ja29
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3. Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) N17
4. Pembantu Penilaian W17
5. Pembantu Kesihatan Awam U17
6. Juruteknik Komputer Ft17
7. Pembantu Operasi N11
8. Pemandu Kenderaan H11
9. Pembantu Awam H11
10. Pekerja Sambilan Harian PSH

 

jawatan kosong Majlis Daerah Kubang Pasu
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah No 5/1965 berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan diawasi oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11cm x 22cm yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
(a) Gambar berukuran passport
(b) Salinan Sijil Kelahiran
(c) Salinan Kad Pengenalan
(d) Salinan Sijil Peperiksaan
(e) Lain-lain Sijil yang berkenaan

Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan kumpulan A. Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:

Yang DiPertua
Majlis Daerah Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra
Kedah Darul Aman

Maklumat lanjut mengenai jawatan kosong PKNK boleh didapati disini.

Tarikh Tutup permohonan ialah pada 30 November 2015

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: