Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Langkawi Ogos 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman, Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada penduduk tetap Langkawi yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Perbandaran Langkawi Ogos 2017. Terdapat 6 kekosongan jawatan untuk diisi oleh pencari kerja. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J44
Gaji : RM 3608.00 – RM 10557.00
Kelayakan : Kenaikan pangkat dari gred J41

2. Arkitek J41
Gaji : RM 2529.00 – RM 9643.00
Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Seni Bina

3. Pegawai Teknologi Maklumat F41
Gaji : RM 2315.00 – RM 9618.00
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD Sains Komputer / Kejuruteraan Komputer

4. Penolong Pegawai Tadbir N29
Gaji : RM 1493.00 – RM 5672.00
Kelayakan : STPM / STAM

5. Pembantu Laut A19
Gaji : RM 1362.00 – RM 4034.00
Kelayakan : SPM /SVM

6. Pembantu Kemahiran H19
Gaji : RM 1377.00 – Rm 4052.00
Kelayakan : SPM /SVM

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Langkawi Ogos 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Langkawi Ogos 2017

Majlis Perbandaran Langkawi

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali kawasan Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board Mulai tarhun 1945. Majlis ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29hb. April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan, perlesenan, kebersihan, bangunan, senitaman dan sebagainya selaras dengan akta-akta dan undang-undang kecil Majlis yang diguna pakai.

Maklumat Lanjut Majlis Perbandaran Langkawi boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Langkawi Ogos 2017

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang jawatan kosong Majlis Perbandaran Langkawi yang boleh dimuat turun disini.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Ogos 2017

 

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: