Scroll to top

Top

No Comments

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa

Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak Negeri Kedah) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa di Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.

 

Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustran Hi-tech Kulim (PBT TPHTK)

Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustran Hi-tech Kulim (PBT TPHTK) secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1995 dibawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Struktur organisasi PBT TPHTK berdasarkan “Modified Local Authority Model” yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang, Johor Darul Takzim tetapi berbeza dari segi perlaksanaan membuat keputusan dimana semua keputusan dari segi pentadbiran, teknikal, penilaian dan kewangan juga proses kelulusan pelan-pelan bangunan dan lain-lain yang berkaitan diputuskan pada peringkat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi PBT TPHTK.

Pihak-Berkuasa-Tempatan-Taman-Perindustrian-Hi-Tech-Kulim

Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustran Hi-tech Kulim (PBT TPHTK)

 

Syarat Kelayakan

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai perkhidmatan yang baik.
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji secara berasingan dengan ketetapan v6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak catat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Info Gaji

Gaji Permulaan ialah RM1,493.00

Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa

Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa

Cara Memohon Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan, berharga RM5.00 yang boleh di dapati di:

Kaunter Bayaran
Pihak Berkuasa Tempatan,
Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim,
01-02 KHTP Administrative Centre,
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

Maklumat lanjut mengenai Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim boleh didapati disini.

Tarikh Tutup permohonan ialah pada 8 Januari 2016

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan