Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Untuk mendapatkan kemaskini terbaru bagi Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta 2018, sila ke https://www.ejawatan.com.my


One Comment

Jawatan Kosong UUM September 2017 Universiti Utara Malaysia

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong UUM September 2017. Terdapat 5 jawatan ditawarkan kali ini iaitu Pegawai Farmasi untuk kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

1. Pustakawan S41
Gaji : RM 2,078.00 – RM 9,544.00
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) / Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perpustakaan / Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat

2. Pegawai Farmasi UF41
Gaji : RM 2,740.00 – RM 9,656.00
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi

3. Penolong Pegawai Tadbir N29
Gaji : RM 1,493.00 – RM 5,672.00
Kelayakan : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Sijil Tinggi Agama Malaysia / Diploma

4. Pemandu Kenderaan H11
Gaji : RM 1,218.00 – RM 2,939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah & Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I

5. Pengawal Keselamatan KP11
Gaji : RM 1,205.00 – RM 2,939.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah / Bekas anggota polis atau tentera

Jawatan Kosong UUM September 2017

Iklan Jawatan Kosong UUM September 2017

 

Mengenai UUM (Universiti Utara Malaysia)

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti yang keenam ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM ialah “Ilmu, Budi, Bakti”. Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato’ Awang Had Salleh. Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.

Maklumat lanjut mengenai UUM boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong UUM September 2017

Permohonan jawatan kosong UUM November 2016 boleh dibuat secara online di: http://www.perjawatan.uum.edu.my/

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864/3829/3698

Tarikh Tutup Permohonan : 16 September 2017 (Sabtu)

Comments

  1. ALIPAH BIN ABDULLAH

    PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Submit a Comment