Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


2 Comments

Jawatan Kosong Kelantan Biotech Oktober 2017

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan industri Bioteknologi di Kelantan. Sehubungan dengan itu, permohonan adalah di pelawa bagi mereka yang layak untuk bersama kami meneruskan agenda pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan dengan mengisi Jawatan Kosong Kelantan Biotech Oktober 2017 seperti berikut :

1. Pegawai Pemasaran
• Kelulusan Diploma dalam bidang berkaitan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf.
• Mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan produk kosmetik.
• Mempunyai pengetahuan dalam aktiviti pengilangan
• Berupaya merancang dan menyiapkan kerja mengikut arahan.
• Boleh bekerja secara berpasukan, berdikari, kreatif, sistematik, sanggup belajar dan berdisiplin tinggi
• Boleh bekerja dengan pengawasan minimum
• Mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan sanggup bekerja lebih masa di luar waktu pejabat
• Bersifat siddiq dan amanah

2. Eksekutif Pemasaran
• Kelulusan Ijazah dalam bidang Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
• Mempunyai pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam bidang berkaitan.
• Mempunyai pengetahuan dalam aktiviti jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Berupaya merancang dan mengendalikan strategi dalam jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari, kreatif, bersistematik, sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Memastikan segala perancangan dan aktiviti pemasaran produk berjalan mengikut jadual.
• Sanggup bekerja di luar pejabat dan kerja lebih masa.
• Mempunyai lesen memandu.

3. Penolong Eksekutif Pemasaran
• Mempunyai pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam bidang berkaitan bagi kelulusan diploma.
• Mempunyai pengetahuan dalam aktiviti jualan dan pemasaran produk syarikat..
• Berupaya merancang dan mengendalikan strategi dalam jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari, kreatif, bersistematik, sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Memastikan segala perancangan dan aktiviti pemasaran produk berjalan mengikut jadual.
• Sanggup bekerja di luar pejabat dan kerja lebih masa.
• Mempunyai lesen memandu.

4. Pegawai Mikrobiologi
• Mempunyai pengetahuan dalam teknologi mikrobiologi.
• Mempunyai kemahiran pembentangan dan kemahiran berkomunakasi yang baik dan menarik.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari , kreatif , bersistematik , sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima.
• Pengalaman dalam khidmat nasihat , pemasaran dan promosi dalam produk teknologi mikrob adalah satu kelebihan.

5. Eksekutif Kanan Pemasaran
• Kelulusan Ijazah dalam bidang Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan yang diiktiraf.
• Mempunyai pengalaman kerja minimum 5 tahun dalam bidang berkaitan.
• Mempunyai pengetahuan dalam aktiviti jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Berupaya merancang dan mengendalikan strategi dalam jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari, kreatif, bersistematik, sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Memastikan segala perancangan dan aktiviti pemasaran produk berjalan mengikut jadual.
• Sanggup bekerja di luar pejabat dan kerja lebih masa.
• Mempunyai lesen memandu.

6. Penolong Eksekutif Pengembangan Industri
• Mempunyai pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam bidang bioteknologi dan pertanian bagi kelulusan Diploma.
• Berupaya merancang dan melaksana pelan pembangunan perniagaan dan projek.
• Boleh bekerja berpasukan, berdikari , kreatif, bersistematik , sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Berupaya merancang dan mengendalikan strategi dalam jualan dan pemasaran produk syarikat.
• Pengalaman dalam merancang dan menguruskan projek dan pengurusan acara

7. Pegawai Operasi (FOOD)
• Membantu menjalankan kajian dan penyelidikan produk-produk berasaskan bioteknologi pemakanan.
• Membantu mengawal selia makmal bioteknologi pemakanan agar sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi.
• Mempunyai kemahiran pembentangan dan kemahiran berkomunikasi yang baik dan menarik.
• Boleh bekerja berpasukan , berdikari , kreatif, bersistematik , sanggup belajar dan berdisiplin tinggi.
• Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima.

Jawatan Kosong Kelantan Biotech Oktober 2017

Iklan Jawatan Kosong Kelantan Biotech Oktober 2017

 

Kelantan Biotech

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd adalah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan, dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. Pengurusan syarikat adalah terdiri dari beberapa orang ahli sains yang berpengalaman dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Sains di dalam berbagai bidang bioteknologi.

Maklumat lanjut Kelantan Biotech boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Kelantan Biotech Oktober 2017

Permohonan boleh dihantar melalui [email protected]

Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd
Lot 3174, Depan Masjid Batu 23
Jalan Machang-Kota Bharu
18500 Machang
Kelantan
TEL: 09 – 976 5280
Fax: 09 – 976 5282

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2017

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi Unit HR (Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd) untuk maklumat lanjut.

Comments

  1. Nur Sakinah Binti Che Seman

    Memerlukan pekerjaan . . Kerani/pembantu peribadi/ pembantu am/ pembantu tadbir

  2. Jawatan Kosong Guru Al-Quran (RM2900) Sambilan / ONLINE ( Seluruh Malaysia, Brunei, Singapore ) – http://www.darrulfurqan.blogspot.com/p/blog-page.html

Submit a Comment