Scroll to top

Top



No Comments

Job Vacancies Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) – 6 Mac 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seperti berikut :
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Muda Masjid Bandar/Jajahan) Gred S27
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal Masjid Bandar/Jajahan) Gred S17
Pembantu Hal Ehwal Islam (Siak Masjid Bandar/Jajahan)Gred S17

logo maik kelantan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Cara Memohon


Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didownload disini atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan. Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan. Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 Kota Bharu, Kelantan.

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Mac 2014

Like Facebook eJawatanKosong untuk mendapatkan maklumat kerja kosong terbaru 2013 di Kelantan & seluruh Malaysia. Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta.

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: