Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Daerah Machang – 30 September 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (lelaki/perempuan) yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Machang, 18500 Machang, Kelantan sebagaimana berikut:
1. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
2. Pemandu Kenderaan Gred H11
3. Pembantu Awam Gred H11

 

jawatan kosong majlis daerah machang
Jajahan Machang mendapat nama daripada sebuah kampung iaitu Kampung Machang. Ia mula dibuka pada tahun 1880 oleh sekumpulan penduduk kampung dari Pasir Tumboh di Kota Bharu yang diketuai oleh En. Senik. Pada awal pembukaan kampung ini aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk untuk menyara kehidupan mereka ialah pertanian dan perniagaan.

Dari segi geografinya kedudukan Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur.

Pada awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan sepenuhnya.

Jajahan Machang mempunyai keluasan 546.26 kilometer persegi. Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 129 kilometer persegi adalah terletak di dalam Majlis Daerah Machang.

 

Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Machang, Kelantan. Bermula 15 September 2015 (Waktu & Hari Bekerja) .Sila hantar permohonan anda ke alamat berikut :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Machang,
Jalan Tok Kemuning,
18500 Machang, Kelantan.

Maklimat lanjut jawatan kosong Majlis Daerah Machang boleh didapati disini.

 

Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2015

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: