Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


9 Comments

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Jun 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Jun 2017. Jawatan Kosong Kerajaan (Majlis Daerah) kali ini dibuka dengan kelayakan dari PT3, sijil & diploma dengan gaji permulaan dari RM 1,218 RM 5,701. Senarai penu jawatan kosong adalah seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Gaji : RM1,549.00 – RM5,684.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat / Kejuruteraan Komputer / Sains Komputer

2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
Gaji : RM1,549.00 – RM5,701.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah

3. Penolong Jurutera Gred JA29
Gaji : RM1,549.00 – RM5,701.00
Kelayakan : Sijil/Diploma dalam bidang kejuruteraan

4. Pembantu Awam Gred H11
Gaji : RM1,218.00 – RM2,619.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah

5. Pemandu Kenderaan Gred H11
Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kelayakan : Penilaian Menengah Rendah/PT3 & Lesen Memandu Kelas D/E/Ei/E2/F/G/H/I

6. Pembantu Penyelia Gred H11
Gaji : RM31.81/HARI
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Jun 2017

 

Majlis Daerah Pasir Puteh

MDPP atau nama penuhnya Majlis Daerah Pasir Puteh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 selaras dengan penyusuan semula penguasa tempatan di seluruh Negara di bawah Akta 171 tahun 1976. Kawasan pentadbiran Majlis adalah merupakan pencantuman kawasan Penguasa Tempatan yang telah sedia sebelum 1979 iaitu Lembaga Bandar Pasir Puteh dan Majlis Tempatan Cherang Ruku dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut.

Maklumat lanjut Majlis Daerah Pasir Puteh boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Jun 2017

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDPP yang boleh dimuat turun disini.

Yang Di Pertua
Majlis Daerah Pasir Puteh
16800 Pasir Puteh
Kelantan.

  • Setiap permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri.
  • Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport,salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkip keputusan pemeriksaan semua semester yang telah disahkan.
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Jun 2017

Comments

  1. mat

    slm admin…nak isi lebih dripd 1 jawatan bleh x??

  2. admin

    Sila isi borang berasingan untuk lebih dari 1 jawatan

  3. mohamad faruq fauzan

    asslm tuan lepas print dan isi terus hantar kat pejabat majlis daerah pasir putih ke?

  4. Siti

    Macam mana cara isi?

  5. admin

    Sila muat turun borang jawatan kosong Majlis Daerah Pasir Puteh, cetak & isi maklumat anda.

  6. ridzuan

    anak kedah layak tak memohon

  7. admin

    Semua layak memohon bagi Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh Jun 2017

  8. Asslm…cmner nk download borang ni…popup je kluar ni…😕😕😕

  9. admin

Submit a Comment