Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Bachok Jun 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia rakyat negeri Kelantan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Bachok Jun 2017. Hanya satu jawatan ditawarkan untuk iklan kali ini dengan kelayakn SPM & bergaji antara RM 928 – RM 3,375. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

1. Pembantu Tadbir Gred N19
Taraf Jawatan : Tetap
Gaji : RM 928 – RM 3,375
Bilangan Kekosongan : 2
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter, pengurusetiaan, menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan, pengurusan rekod, pengurusan kewangan, pengurusan fail, pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi.

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Bachok Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Bachok Jun 2017

Majlis Daerah Bachok

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang pelbagai lagenda dan cerita rakyat yang diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman mengenai Pantai Irama, sebuah pantai peranginan yang terletak di Jajahan Bachok iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan.

Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.

Maklumat lanjut Majlis Daerah Bachok boleh didapati disini

Cara Memohon Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Bachok

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang Jawatan MDB. 1 yang boleh dimuat turun disini.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BACHOK,
16300 BACHOK, KELANTAN

Maklumat lanjut jawatan kosong Majlis Daerah bachok boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Jun 2017

* Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga
* Permohnan yang tidak menerima sebarang jawatan selepas enam bukan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: