Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Jeli

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Jeli seperti berikut :

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Gaji : RM 1,352.00 – RM 4,003.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia
Bilangan Kekosongan : 5
Keutamaan kepada calon yang boleh mengendalikan komputer

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Jeli

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Jeli

 

Majlis Daerah Jeli

Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ianya menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, Daerah Jeli juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli – Dabong.

Oleh yang demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, Jajahan Tanah Merah di sebelah timur, Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di sebelah selatan dan Negeri Perak di sebelah barat, merupakan sebuah kawasan yang strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur di masa hadapan.

Maklumat lanjut Majlis Daerah Jeli boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Jeli

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDJ 1 yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Jeli dengan harga Rm2.00 setiap satu.

YANG DI PERTUA,
MAJLIS DAERAH JELI,
JALAN PERINDUSTRIAN,
17600 JELI, KELANTAN.

Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil atau Keputusan Peperiksaan, Kad Pengenalan dan Surat Beranak yang telah disahkan, sekeping gambar terbaru ukuran pasport dan sampul surat berukuran 22cm x 11cm beralamat sendiri serta bersetem. permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2017

Submit a Comment