Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UMK

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UMK seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UMK
Gaji : RM1,549.00 – RM5,684.00

Bidang Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UMK

Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UMK

Ini adalah iklan jawatan kosong UMK terbaru bulan Jun 2017. Anda semua dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Sila SHARE dengan rakan-rakan anda semoga semua dimurahkan rezeki & mendapat pekerjaan yang diimpikan. Untuk jawatan lain yang ditawarkan oleh pihak UMK, anda boleh ke pautan disini.

 

Mengenai UMK (Universiti Malaysia Kelantan)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19 dan terletak di Negeri Kelantan. UMK ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan dua pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.

Maklumat lanjut majikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UMK

Permohonan jawatan kosong UMK 2017 boleh dilakukan secara online di http://jobs.umk.edu.my/.

Universiti Malaysia Kelantan,
Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, Kelantan
Tel : +609 – 7717000 | Fax: +609 – 771 7022

Permohonan yang tidak lengkap diisi secara ‘on-line’ atau tidak menggunakan Sistem Permohonan Secara ‘On-line’ boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada [email protected]

Tarikh Tutup Permohonan : Telah ditutup

* Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda. Semoga anda semua berjaya mengisi jawatan kosong yang ditawarkan. Sila KOMEN dibawah untuk sebarang pertanyaan.

Submit a Comment