Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong PMBK Oktober 2017 Perbadanan Menteri Besar Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan sihat tubuh badan untuk mengisi jawatan kosong PMBK Oktober 2017 (Perbadanan Menteri Besar Kelantan). Hanya 1 jawatan yag ditawarkan seperti berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat (S2)
Bertanggungjawab kepada:- Eksekutif Komunikasi Korporat PMBK / Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan PMBK

 

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN
1. Lelaki dan perempuan.
2. Memiliki kelulusan Minimum Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat dan yang berkaitan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang komputer, teknologi maklumat dan kerja-kerja berkaitan.
SKOP TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. Menguruskan aktiviti-aktiviti pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi.
2. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan sumber ICT.
3. Menguruskan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan, pemantauan dan keselamatan rangkaian LAN dan WAN secara optima.
4. Mentadbir, menyelenggara pangkalan data dan memastikan keselamatan, kebolehcapaian serta integriti data terjamin.
5. Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan dalam perolehan sumber ICT dan peningkatan keupayaan infrastruktur serta aplikasi di PMBK.
6. Menguruskan perolehan dan mengawal selia alat ganti ICT.
7. Membantu pihak pengurusan dalam menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) untuk penyelenggaraan dan perolehan sumber ICT.
8. Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan dan aplikasi ICT.
9. Mengurus dan merancang perlaksanaan ‘back-up’ dan ‘recovering’ bagi sistem dan data.
10. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

DISKRIPSI TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. Bantuan Teknikal
– Menyemak rekod laporan bulanan bagi perkhidmatan bantuan teknikal / penyelenggaraan ICT
– Memantau kerja-kerja penyelenggaraan ICT
– Menyediakan spesifikasi perolehan perkakasan komputer/server dan perisian
2. Pentadbiran Server,Firewall, Sistem dan Database
– Pemasangan dan konfigurasi firewall – pfSense, Watchguard
– Pemasangan server dan sistem operasi / aplikasi
– Menyelenggara dan menyelaras sistem dan server / aplikasi / firewall serta memantau pengurusan pentadbiran server dan sistem / aplikasi
– Membantu merancang pembangunan sistem yang telah dikenalpasti
– Memastikan server dan sistem berjalan dengan baik dan lancar
– Merangka dan mentadbir sistem database
3. Keselamatan ICT
– Menyedia dan memantau khidmat sokongan teknikal oleh pengguna antivirus
– Menjalankan dan memantau kerja-kerja pengurusan insiden
– Memastikan dan memantau alat kawalan pencerobohan sistem dan Internet (seperti firewall dan gateway) berada di dalam keadaan baik
4. Pembangunan & Pentadbiran Laman Web
– Membangun dan Menyelaras pembangunan laman web (in-house atau bantuan pihak ketiga)
– Mengurus, mengendalikan dan memantau kerja pengemaskinian laman web PMBK
– Mengendalikan dan menyelaraskan pendaftaran domain dan hosting
– Menguruskan perkhidmatan email PMBK dan anak syarikat
– Mengemaskini laman web PMBK.
5. Pentadbiran ICT
– Mengeluarkan spesifikasi untuk pembangunan perisian, perolehan aset / perkakasan ICT
– Menyediakan sebutharga dan invois yang berkaitan kepada pelanggan
– Menyediakan kertas cadangan penyelesaian ICT (ICT solutions)

 

Jawatan Kosong PMBK Oktober 2017

Iklan Jawatan Kosong PMBK Oktober 2017

 

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Pemerbadanan Tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan. PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik Kerajaan Negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.

Dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

Maklumat lanjut PMBK boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong PMBK Oktober 2017

Permohonan boleh dihantar melalui [email protected]

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bahru, Kelantan.
Telefon : 09-7474082
Laman Web: http://www.pmbk.gov.my

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi Unit Pengurusan Modal Insan PMBK untuk maklumat lanjut

Tarikh Tutup Permohonan : 5 Oktober 2017

Submit a Comment