Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong FELCRA Berhad Jun 2017 – Rasmi

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong FELCRA Berhad Jun 2017. Terdapat 4 jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak FELCRA seperti berikut:

1. Eksekutif Biak Baka Sawit gred Band 1(A)
Kelayakan : Diploma dalam bidang Sains/Pertanian

2. Penolong Eksekutif Pollinator gred A&T2
Kelayakan : Sijil Pertanian/Pengurusan Perladangan

3. Penolong Eksekutif (QC) gred A&T2
Kelayakan : Sijil Kemahiran Khas atau Sijil-Sijil dalam bidang yang berkaitan

4. Penolong Eksekutif Makmal gred A&T2
Kelayakan : Sijil Kemahiran Khas atau Sijil-Sijil dalam bidang yang berkaitan

Jawatan Kosong FELCRA Berhad Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong FELCRA Berhad Jun 2017

 

FELCRA Berhad

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang. Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.

Maklumat lanjut FELCRA Berhad boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong FELCRA Berhad Jun 2017

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Jawatan Kosong Felcra Berhad

Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p:- Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

 

Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 30 Jun 2017

Submit a Comment