Scroll to top

Top



No Comments

Job Vacancies Lembaga Getah Malaysia – 24 Februari 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut di Lembaga Getah Malaysia :
Akauntan
 

jawatan kosong lembaga getah malaysia
Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.

 

Cara Memohon

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia perlu memuat turun Borang Permohonan melalui laman web LGM di http://www.lgm.gov.my/DownloadableForms/JawatanKosong.aspx

(a) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:

(i) Salinan Ijazah atau salinan Keputusan Peperiksaan Akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan, salinan Kad
Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran.

(ii) Transkrip keputusan semua semester dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang
mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak dinyatakan CGPA tidak akan diterima.

(Nota : *pemohon dikehendaki mencetak status nilai taraf sijil kelayakan melalui laman web JPA di
http://pengiktirafan.jpa.gov.my)

(iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun
atau Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan
Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun terkini disertakan
bersama.

Permohonan hendaklah dihantar kepada alamat berikut dan di sudut di atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis
NAMA JAWATAN YANG DIPOHON:

Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia
260 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Maklumat lanjut jawatan kosong Lmbaga Getah Malaysia boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Februari 2014

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: