Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) – 21 September 2015

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-
1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
2. Juruteknik Komputer Ft17
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 Labuan
5. Pembantu Hal Ehwal Islam S17 (2 Kekosongan) Labuan
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17 Labuan

 

Logo Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

 

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh diperolehi disini atau dengan melayari laman web MAIWP di http://www.maiwp.gov.my dan juga boleh didapati sendiri di Unit Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tingkat 10, No. 150, Bangunan PERKIM Jalan Ipoh, 51200 KUALA LUMPUR. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) ARAS 1, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR

Maklumat jawatan kosong MAIWP September 2015 boleh didapati disini.

 

Tarikh Tutup Permohonan : 21 September 2015

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: