Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir TNB – Tenaga Nasional Berhad

TNB menjemput warganegara Malaysia yang layak dan berminat untuk memohon Jawatan Kosong Pembantu Tadbir TNB. Hanya jawatan ini ditawarkan buat masa ini. Maklumat lanjut jawatan kosong TNB adalah seperti maklumat berikut:

1. Pembantu Tadbir (Kontrak)
Gaji Pokok : RM 1,250.00 sebulan

Kelayakan :
– Diploma dalam Pengurusan & Perniagaan, Perakaunan, Pentadbiran dan juga bidang – bidang yang berkaitan dengan minimum PNGK 2.50
– Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus enam (6) mata pelajaran
– Berumur tidak melebihi 28 tahun bagi lelaki dan tidak melebihi 25 tahun bagi wanita pada tarikh tutup iklan.
– Pengalaman kerja dibidang Pentadbiran/perkeranian merupakan satu kelebihan.
– Sanggup untuk ditempatkan dimana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

2. Juruteknik (Kontrak) (dikemaskini pada 18 julai 2017)
Gaji Pokok : RM 1,500.00 sebulan

Kelayakan :
– Diploma Kejuruteraan Elektrik
– Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus enam (6) mata pelajaran
– Berumur tidak melebihi 30 tahun

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir TNB

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir TNB

Permohonan terbuka kepada Calon Luar sahaja. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB)

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

Maklumat lanjut Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Pembantu Tadbir TNB

Calon-calon yang berminat dan menepati syarat-syarat diatas dikehendaki memohon secara online melalui Sistem EMadis Brightspot disini

Tenaga Nasional Berhad
No 129, Jalan Bangsar 59200
Kuala Lumpur
Tel : +603 2296 5566
Fax : +603 2283 3686

Nota
Anda perlu berdaftar sebagai pemohon di dalam sistem Brightspot sekiranya anda ingin memohon jawatan kosong yang terpapar. Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem. Pendaftaran sebagai pemohon berdaftar hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Manakala permohonan perlu dilakukan mengikut kekosongan yang ditawarkan menggunakan akaun pemohon berdaftar.

Tarikh Tutup permohonan : 28 & 31 Julai 2017

Submit a Comment