Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong PPUM Jun 2017 – Pusat Perubatan Universiti Malaya

Pusat Perubatan Universiti Malay (PPUM) ingin mempelawa individu yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat serta mengisi jawatan kosong PPUM Jun 2017 seperti berikut:

1. Pegawai Farmasi Provisional Gred Uf41
Status : Kontrak
Kelayakan : ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi

2. Pengajar Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U41
Status : Tetap
Kelayakan : ijazah sarjana muda kepujian

3. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Gred U41
Status : Tetap
Kelayakan : ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi)

4. Pegawai Tadbir Gred N41
Status : Kontrak
Kelayakan : ijazah sarjana muda

5. Penolong Jurutera Gred Ja29 (Elektrikal)
Status : Tetap
Kelayakan : SPM

6. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Status : Kontrak
Kelayakan : STPM, STAM, Diploma

7. Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29
Status : Tetap
Kelayakan : diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja

8. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Gred U29
Status : Tetap
Kelayakan : diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja

9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) Gred N19
Status : Kontrak
Kelayakan : SPM

10. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
Status : Tetap
Kelayakan : SPM

11. Pembantu Keselamatan Gred Kp19
Status : Tetap
Kelayakan : SPM / bekas anggota polis atau tentera

12. Pengawal Keselamatan Gred Kp11
Status : Tetap
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah / bekas anggota polis atau tentera

13. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Status : Kontrak
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah

Jawatan Kosong PPUM Jun 2017

Iklan Jawatan Kosong PPUM Jun 2017

 

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merupakan institusi perubatan badan berkanun yang terletak dalam kampus utama Universiti Malaya, Pantai Dalam, barat daya Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada tahun 1962.

Bertitik tolak dari penggabungan 2 institusi pendidikan tinggi awam era kolonial Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, iaitu Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward VII, maka Universiti Malaya telah tertubuh dengan jayanya pada tanggal 1949. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 1957, Universiti telah dibahagikan kepada 2 entiti berotonomi, satu terletak di Singapura, manakala satu lagi terletak di Kuala Lumpur bermula tahun 1959. Perpisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia, telah menjadikan entiti institusi yang terletak di situ telah bertukar menjadi Universiti Kebangsaan Singapura.

Maklumat lanjut Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong PPUM Jun 2017

Permohonan Jawatan Kosong PPUM hendaklah dilakukan secara online melalui Sistem Permohonan Jawatan http://spj.ummc.edu.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Jun 2017

Submit a Comment