Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong SUHAKAM Ogos 2017 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia yang dipertanggungjawab untuk memupuk kesedaran dan melindungi hak asasi manusia. SUHAKAM yang memegang polisi kesaksamaan dan kepelbagaian latar belakang tenaga kerja, ingin mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi, berkelayakan dan berminat untuk mengisi Jawatan Kosong SUHAKAM Ogos 2017 seperti berikut:

1. Penolong Setiausaha (Pegawai) Gred 41 (Koordinasi Antarabangsa)
Gaji : Minimum RM2,422.00 – Maksimum RM9,631.00
Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Antarabangsa, Sains Sosial

2. Penolong Setiausaha (Pegawai) Gred 41 (Dasar)
Gaji : Minimum RM2,422.00 – Maksimum RM9,631.00
Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Antarabangsa, Sains Sosial

3. Penolong Setiausaha (Pegawai) Gred 41 (Aduan & Pemantauan)
Gaji : Minimum RM2,422.00 – Maksimum RM9,631.00
Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Sains Sosial

4. Penolong Setiausaha (Pegawai) Gred 41 (Komunikasi Korporat)
Gaji : Minimum RM2,422.00 – Maksimum RM9,631.00
Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial

5. Penolong Setiausaha (Pegawai) Gred 41 (Unit Sumber Manusia)
Gaji : Minimum RM2,422.00 – Maksimum RM9,631.00
Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia atau Pentadbiran Perniagaan

6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
Gaji : Minimum RM1,352.00 – Maksimum RM4,003.00
Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
Gaji : Minimum RM1,353.00 – Maksimum RM4,005.00
Penempatan : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Jawatan Kosong SUHAKAM Ogos 2017

Iklan Jawatan Kosong SUHAKAM Ogos 2017

 

SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003.

Maklumat lanjut SUHAKAM boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong SUHAKAM Ogos 2017

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.
Laman Web : www.suhakam.org.my

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2017

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: