Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong YADIM Ogos 2017 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan ini mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi Jawatan Kosong YADIM Ogos 2017 seperti berikut :

1. Penolong Eksekutif (Pembantu Khas)
Kekosongan : 2
Gaji Pokok : RM 1,200.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2. Penolong Eksekutif
Kekosongan : 2
Gaji Pokok : RM 1,200.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Jawatan Kosong YADIM Ogos 2017

Iklan Jawatan Kosong YADIM Ogos 2017

 

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
YADIM ialah sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

YADIM ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri. Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertamanya, iaitu Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir bin Ismail (Tun) dan diikuti oleh beberapa orang Yang Dipertua yang berkaliber, iaitu Allahyarham YBhg. Dato’ Seri Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd. Isa, YB. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Noor (Tan Sri), YBhg. Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid, YBhg. Dato’ Dusuki bin Hj. Ahmad, YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman (Tan Sri), YBhg. Datuk Hj. Mohd. Nakhaie bin Hj. Ahmad, YBhg Datuk Dr Hj. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir dan YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B). Buat masa ini YADIM diterajui oleh YBhg. Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.

Maklumat lanjut YADIM boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong YADIM Ogos 2017

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang permohonan jawatan Kosong YADIM yang boleh dimuat turun disini

Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan resume, gambar terkini berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil
akademik dan persekolahan yang telah disahkan dan yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Aras 4 Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3 Jalan Tun Razak
Presint 3, 62100 Putrajaya

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2017

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: