Scroll to top

Top



Jawatan Kosong Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) – 21 September 2015

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Malaysia (YADIM) dengan ini mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Pejabat YADIM Kuala Lumpur :
1. Pekerja Sambilan Harian Bahagian Khidmat Pengurusan
2. Pekerja Sambilan Harian Bahagian Sumber Manusia
3. Pemandu Yadim Zon Sabah

 

jawatan kosong yadim
YADIM ialah sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

YADIM ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri. Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertamanya, iaitu Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir bin Ismail (Tun) dan diikuti oleh beberapa orang Yang Dipertua yang berkaliber, iaitu Allahyarham YBhg. Dato’ Seri Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd. Isa, YB. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Noor (Tan Sri), YBhg. Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid, YBhg. Dato’ Dusuki bin Hj. Ahmad, YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman (Tan Sri), YBhg. Datuk Hj. Mohd. Nakhaie bin Hj. Ahmad, YBhg Datuk Dr Hj. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir dan YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B). Buat masa ini YADIM diterajui oleh YBhg. Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.

Setiap Yang Dipertua mempunyai idea, pendekatan visi dan misi yang tersendiri dalam menjadikan YADIM rakan pembinaan negara yang sentiasa mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan dan masa depan agama, ummah dan negara.

 

Cara Memohon

Borang permohonan jawatan boleh didapati daripada mana-mana pejabat YADIM
atau boleh didapati melalui laman web: www.yadim.com.my

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang. Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan resume,gambar terkini berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik danpersekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Kompleks Pusat Islam
Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut jawatan kosong YADIM 2015 boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 21 September 2015

%d bloggers like this: