Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Temuduga Terbuka Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – 1 Oktober 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan di Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti berikut:
1. Pembantu Sambilan Harian (PSH) – 4 kekosongan

 

Syarat Kelayakan :
– Minimum SPM atau kelulusan setaraf
– Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa melayu dengan baik
– Boleh menggunakan komputer dengan baik : Microsoft Office
– Mempunya lesen memandu B2 / D
– Mempunyai kenderaan motosikal atau kereta
– Boleh bekerja ldi luar pejabat
– Calon lelaki sahaja
– Gaji Rm54 sehari + KWSP & elaun perjalanan

 

jawatan kosong jabatan tenaga kerja
Jabatan Tenaga Kerja telah ditubuhkan pada tahun 1912 dan merupakan salah sebuah daripada 12 buah Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.

Sebelum tahun 1960an, objektif Jabatan ialah ’menjaga kepentingan pekerja di sektor perladangan dan lombong’. Pada tahun 1970, Jabatan Buruh digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Gabungan ini memfokuskan kepada penyelesaian pertikaian yang melibatkan pekerja dan kesatuan.

Penstrukturan institusi perburuhan terus dibuat bagi merealisasikan fungsi dan tanggungjawab dengan lebih efektif.

Antara perubahan yang dibuat ialah dengan memisahkan Jabatan Buruh dari Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan seterusnya menggariskan semula tanggungjawab serta fungsi.Jabatan Buruh dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.

Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat telah digabungkan dengan Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JBSM) berkuatkuasa pada Februari 2003.

Aktiviti penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada JBSM melibatkan pertambahan fungsi seperti pengumpulan maklumat perburuhan dan penempatan pencari-pencari pekerjaan di sektor swasta.

Penggabungan yang dijalankan membawa pertukaran nama Jabatan Buruh kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

 

Cara Memohon

Temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29hb September 2015 – 1 Oktober 2015 (Selasa – Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat :
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Lumpur
Tingat 9, Menara PERKESO,
281 Jalan Ampang,
50532 Kuala Lumpur
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-20262058

temuduga terbuka psh

Submit a Comment