Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


One Comment

Jawatan Kosong MAIWP Julai 2017 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Permohonan dibuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP Cawangan Labuan. Jawatan Kosong MAIWP Julai 2017 ini menawarkan 7 kekosongan. Maklumat lanjut jawatan kosong adalah seperti berikut :-

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Arab) Gred DG41
Kekosongan : 1
Gaji : (Min) RM2,188.00 – (Max) RM9,552.00R

2. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
Kekosongan : 1
Gaji : (Min) RM2,078.00 – (Max) RM9,544.00

3. Penolong Jurutera Gred JA29
Kekosongan : 1
Gaji : (Min) RM1,549.00 – (Max) RM5,701.00

4. Juruteknik Komputer Gred FT19
Kekosongan : 1
Gaji : (Min) RM1,377.00 – (Max) RM4,052.00

5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Kekosongan : 1
Gaji : (Min) RM1,353.00 – (Max) RM4,005.00

6. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
Kekosongan : 1
Gaji : (Min) RM1,352.00 – (Max) RM4,003.00

7. Penyelia Asrama Gred N19
Kekosongan : 2
Gaji : (Min) RM1,352.00 – (Max) RM4,003.00

Iklan Jawatan Kosong MAIWP Julai 2017

Iklan Jawatan Kosong MAIWP Julai 2017

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Maklumat lanjut MAIWP boleh didapati disini.

 

Cara Memohon Jawatan Kosong MAIWP Julai 2017

Bagi permohonan jawatan kosong untuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Labuan, pemohon dikehendaki muat turun borang disini.

PENGURUS
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN
BLOK 4 TINGKAT 12C
BANGUNAN UJANA KEWANGAN
PETI SURAT 80960
87019 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(U.P: UNIT PENTADBIRAN)

Pemohon dikehendaki mencatatkan nama jawatan yang dipohon di Bahagian atas, sebelah kiri sampul surat. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 JULAI 2017

Comments

  1. Jawatan Kosong – Guru Quran Sambilan @ Dato Keramat KL

    Saya mencari guru quran untuk mengajar dirumah kawasan Dato Keramat KL

    upah RM240 ~ 400 sebulan (ikut permintaan guru quran, termasuk kos transport )

    maklumat lanjut disini >> http://majalah30.blogspot.com/p/blog-page_49.html

    .

Submit a Comment