Scroll to top

Top

Majlis Daerah Pekan

Info Majikan Majlis Daerah Pekan

Majlis Daerah Pekan ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 bersamaan 17 Dzulkaedah 1408 Hijrah. Encik Hashim bin Abdul Wahab, AMP., PJK., sebagai Yang Dipertua pertama, dibantu oleh 13 orang Ahli Majlis dan 74 orang kakitangan.

Dilancarkan secara rasmi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, pada 3hb November 1990. Keluasan kawasan MDP adalah kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no. PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2,351.8km persegi.

logo majlis daerah pekan

Logo Majlis Daerah Pekan

Pada dasarnya bidang tugas Majlis Daerah Pekan meliputi perancangan fizikal, ekonomi serta sosial ke arah kemantapan pembangunan Bandar Pekan dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisyen juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar Pekan.

Pentadbiran Majlis Daerah Pekan sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu, MDP akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pengunjung.

Laman Web Rasmi Majlis Daerah Pekan http://www.mdpekan.gov.my/

Senarai Jawatan Kosong Majlis Daerah Pekan