Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah – 30 November 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti berikut:
1. Pegawai Penguatkuasa Gred N41
2. Penolong Akauntan Gred W32
3. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27

 

jawatan kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah
Alor Gajah yang terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato’ Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning pada tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar, kini Alor Gajah menjadi sebuah daerah yang sedang pesat membangun.

Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga (3) buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim. Majlis Luar Bandar Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Alor Gajah pada 1 Julai 1978.

Kini daerah Alor Gajah mempunyai bilangan penduduk seramai 131,870 orang mengikut bancian penduduk pada tahun 2000. Pekan Alor Gajah terletak 24km dari bandar Melaka dan kini merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
 

Cara Memohon

Permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah. Permohonan hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil berkaitan kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Alor Gajah
Jalan Dato’ Dol Said
78000 Alor Gajah, Melaka

Maklumat lanjut jawatan kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2015

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: