Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


No Comments

Jawatan Kosong Pahang Skills Development Centre (PSDC) – 11 September 2015

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Pahang Skills Development Centre (PSDC) seperti berikut:
1. Penolong Pengarah (Bahagian Pembangunan Dan Perniagaan)

 

Pahang Skills development
Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills) merupakan sebuah institusi kemahiran dan pendidikan tinggi yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 hasil kerjasama tiga (3) pihak iaitu Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan syarikat – syarikat swasta yang beroperasi di Negeri Pahang. Kampus Pahang Skills yang berkeluasan 12 ekar beroperasi di Taman Perindustrian Semambu.

Pahang Skills bertanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran pekerja industri melalui latihan jangka pendek yang dijalankan. Selain itu, melalui penubuhan Pahang Skills sebagai institusi pendidikan tinggi, kumpulan sasar adalah tertumpu kepada pelajar-pelajar lepasan SPM melalui program pendidikan di peringkat Diploma dan Sijil dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pahang Skills juga melaksanakan Program Khas tajaan Kerajaan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), bagi program-program latihan kepada graduan-graduan dan pelajar lepasan SPM di mana yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan. Disamping itu, Pahang Skills turut menyediakan kemudahan sewaan fasiliti untuk kemudahan pihak luar seperti kakitangan kerajaan dan swasta untuk menjalankan kursus dan program latihan disini.

 

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat mohon untuk mengemukakan CV kepada Unit HR melalui emel [email protected]

Pahang Skills Development Centre (PSDC)
Kampus Pahang Skills, Kawasan Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No Tel: 09-5673200
No Fax: 09-5673192

Maklumat lanjut jawatan kosong Pahang Skills Development 2015 boleh didapati disini.

Tarikh Tutup Permohonan : 11 September 2015

Submit a Comment