Scroll to top

Top


Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Oktober 2017. Kami telah senaraikan jawatan mengikut bulan bagi memudahkan pencari kerja menyemak jawatan kosong yang ditawarkan. Sila LIKE & SHARE dengan rakan-rakan anda jika info kerja kosong 2017/2018 kami bermanfaat. Semoga kita semua mendapat pekerjaan. Terima kasih


2 Comments

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak September 2017

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan, untuk memohon jawatan kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak September 2017 bagi jawatan berikut:

1. Penolong Akauntan
Gaji : RM 2,000.00
Kelayakan : Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira

2. Pembantu Tadbir (Kewangan)
Gaji : RM 1,400.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gaji : RM 1,400.00
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia

4. Pembantu Operasi
Gaji : RM 1,300.00
Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak September 2017

Iklan Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak September 2017

 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (“Federated Malay States”) yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu (“Treaty of Federation”) pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British. Negeri Perak menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar, yang telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pihak British, bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama, bahawa, segala perkara berhubung hal ehwal Agama Islam (“Islamic Affair”) dan Adat Melayu (“Malay Custom”) hendaklah berada di bawah bidang kuasa Raja Melayu. Justeru, Ketua Agama Islam dan Adat Melayu yang berkuasa penuh di Negeri Perak pada zaman itu, ialah Duli Yang Maha Sultan. Amalan ini dikekalkan hingga ke hari ini.

Maklumat lanjut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak September 2017

Pemohon yang berminat mengisi borang jawatan kosong MAIPK (MAIPk Pind 1/2007) & maklumat lanjut disini.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, resume, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Perjawatan)

 

Tarikh Tutup Permohonan : 4 September 2017

Comments

  1. ridzuan

    anak kedah boleh tak memohon ya

  2. admin

    RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan sahaja

Submit a Comment