Scroll to top

Top



No Comments

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh – 3 Disember 2015

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Ipoh seperti berikut:
1. Penolong Pegawai Tadbir

 

majlis bandaraya ipoh
Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.

 

Cara Memohon

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong MBI perlu mengisi borang secara online melalui Sistem eGerbang disini.

Majlis Bandaraya Ipoh
Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown
30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-2083333
No Fax : 05-253 7396 / 05-208 3530
Email : [email protected]

Maklumat lanjut mengenai jawatan kosong Majlis Bandaraya Ipoh boleh didapati disini. Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan : 3 Disember 2015

Submit a Comment

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: